awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU, AS keluar kenyataan bersama berhubung perjanjian perdagangan

Bernama
Bernama
21/08/2025
13:31 MYT
EU, AS keluar kenyataan bersama berhubung perjanjian perdagangan
Persetujuan itu merangkumi pengurangan retroaktif tarif AS ke atas import kereta dari negara EU kepada 15 peratus berkuat kuasa 1 Ogos.
BRUSSELS/WASHINGTON: Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengeluarkan kenyataan bersama memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan mengenai rangka kerja bagi menyelesaikan pertikaian perdagangan mereka, lapor agensi berita Jerman dpa.
Persetujuan itu merangkumi pengurangan retroaktif tarif AS ke atas import kereta dari negara EU kepada 15 peratus berkuat kuasa 1 Ogos.
Pesuruhjaya Perdagangan EU Maros Sefcovic mengumumkan di Brussels bahawa EU akan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan bagi tujuan itu.
Sebelum ini, kadar tarif bagi kereta EU yang memasuki AS ialah 27.5 peratus. Menurut kenyataan tersebut, AS akan menurunkan tarifnya sebaik sahaja EU memulakan proses perundangan bagi langkah memudahkan import yang memberi manfaat kepada produk tertentu dari AS.
Langkah itu termasuk penghapusan sepenuhnya tarif ke atas barangan industri AS serta pengurangan halangan bagi sebahagian import makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kestuan eropah
#Amerika Syarikat
#perdagangan
#Kenyataan Bersama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan