awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU pertimbang larangan senjata, sekatan baharu terhadap Myanmar

Bernama
Bernama
31/12/2021
04:04 MYT
EU pertimbang larangan senjata, sekatan baharu terhadap Myanmar
Pada 24 Dis, askar membunuh dan membakar sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk wanita, kanak-kanak dan aktivis kemanusiaan, di Kayah. - Gambar fail/AP
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) sedia mengenakan sekatan baharu termasuk larangan jualan senjata terhadap rejim tentera di Myanmar, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan ketua dasar luar blok itu pada Khamis.
"Memandangkan keganasan yang semakin meruncing di Myanmar, pencegahan di peringkat antarabangsa diperlukan, termasuk sekatan senjata," menurut Josep Borrell dalam satu kenyataan.
Blok itu bersedia mengenakan sekatan lanjut terhadap rejim tentera dan mengutuk keganasan terbaharu di negeri Kayah dan Karen.
Borrell menyifatkan serangan terhadap orang awam dan aktivis kemanusiaan "sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima serta melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan" dan menggariskan "keperluan mendesak agar pihak tentera mengambil tanggungjawab dalam kejadian serangan itu."
Pada 24 Dis, askar membunuh dan membakar sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk wanita, kanak-kanak dan aktivis kemanusiaan, di Kayah.
Myanmar | Junta tentera bunuh, bakar lebih 30 penduduk kampung
Borrell mengesahkan EU akan terus memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar. Sejumlah EUR89.5 juta (AS$101.3 juta) diperuntukkan bagi tujuan bantuan kemanusiaan di Myanmar.
EU telah mengenakan sekatan terhadap pemimpin tentera terkemuka, pegawai kerajaan, serta entiti berkaitan rejim tentera sejak rampasan kuasa.
Pada 1 Feb, junta tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa selepas mendakwa terdapat unsur penipuan dalam pilihan raya umum pada 8 Nov 2020 dan sejak itu berlaku ketegangan politik di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EU
#Myanmar
#pilihan raya
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan