awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU setuju tangguh tindakan balas terhadap tarif AS selama 90 hari

Bernama
Bernama
10/04/2025
15:49 MYT
EU setuju tangguh tindakan balas terhadap tarif AS selama 90 hari
Walaupun EU telah muktamadkan pelaksanaan tindakan balasnya dengan sokongan kuat negara anggota, pelaksanaan itu akan ditangguhkan selama tiga bulan.
ISTANBUL: Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis bersetuju untuk menangguhkan selama 90 hari tindakan balas yang dirancang untuk dilaksanakan minggu depan susulan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan penangguhan dan bagi memberi ruang kepada rundingan, lapor Agensi Anadolu.
"Kami mengambil maklum pengumuman Presiden Trump. Kami mahu memberi peluang kepada rundingan," kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menerusi hantaran di platform X.
Von der Leyen mengesahkan bahawa walaupun EU telah memuktamadkan pelaksanaan tindakan balasnya dengan "sokongan kuat" daripada negara anggota, pelaksanaan itu akan ditangguhkan selama tiga bulan.
"Jika rundingan tidak mencapai hasil memuaskan, tindakan balas kami akan dilaksanakan," tegas beliau sambil menambah bahawa Suruhanjaya Eropah akan terus membuat persediaan bagi kemungkinan langkah tambahan.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, semua pilihan masih terbuka," katanya.
Pada Rabu, Trump mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari untuk banyak negara di seluruh dunia. Bagaimanapun, China tidak termasuk dalam penangguhan itu, malah kadar tarif ke atas negara itu telah dinaikkan kepada 125 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#tindak balas
#tarif AS
#Amerika Syarikat
#tangguh 90 hari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan