awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU tekan kepentingan buka Jambatan King Hussein untuk respon kemanusiaan

Bernama
Bernama
28/09/2025
03:50 MYT
EU tekan kepentingan buka Jambatan King Hussein untuk respon kemanusiaan
EU berkata, Jambatan King Hussein/Karama yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan perlu dibuka semula bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. REUTERS
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menekankan keperluan mendesak untuk memastikan Jambatan King Hussein/Karama yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan dibuka semula bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan pada Sabtu, EU berkata penutupan oleh Israel sejak 23 Sept bagi kedua-dua laluan penumpang dan kargo telah memberi kesan besar terhadap kebebasan pergerakan serta menyekat penghantaran bantuan penting dengan segera.
EU menyatakan bahawa kira-kira satu perempat daripada barangan bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza melalui mekanisme 2720 PBB datang menerusi Jordan.
Ia memberi amaran bahawa serangan darat Israel di Bandar Gaza semakin memburukkan krisis kemanusiaan yang sedia parah, mengakibatkan kadar kematian orang awam tinggi serta penderitaan yang meluas.
EU turut menggesa Israel mengambil langkah segera dan berkesan bagi meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan ke Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EU
#Jambatan King Hussein
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan