awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal raih Hadiah Nobel, tidak perlu fikir soal keamanan, kata Trump kepada PM Norway
PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU terima undangan sertai "Lembaga Keamanan" Gaza

Bernama
Bernama
19/01/2026
21:15 MYT
EU terima undangan sertai "Lembaga Keamanan" Gaza
Von der Leyen telah menerima undangan itu dan sedang berhubung rapat dengan pemimpin Eropah mengenai perkara berkaitan geopolitik. - Foto fail/REUTERS
BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menerima undangan untuk menyertai "Lembaga Keamanan" yang diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik di Semenanjung Gaza, menurut seorang jurucakap pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap kepada pemberita, jurucakap Anouar El Anouni berkata blok berkenaan telah menerima jemputan itu dan bersedia berbincang dengan AS serta rakan kongsi lain mengenai bagaimana ia boleh menyumbang kepada usaha global untuk membawa keamanan ke Semenanjung Gaza.
"Kami mempunyai kepakaran unik dan keupayaan pelbagai dimensi untuk menangani situasi di Gaza," katanya sambil menekankan kesediaan EU untuk bertindak dalam aspek keselamatan, diplomasi dan kemanusiaan.
Jurucakap Suruhanjaya EU Olof Gill mengesahkan bahawa von der Leyen telah menerima undangan itu dan sedang berhubung rapat dengan pemimpin Eropah mengenai perkara berkaitan geopolitik.
"Keutamaan kami adalah keamanan, untuk mencapai keamanan, dan kami mahu menyumbang kepada pendekatan pelan global untuk menamatkan konflik di Semenanjung Gaza," kata Gill.
Jerman turut menerima jemputan untuk menyertai Lembaga Keamanan itu, menurut jurucakap kerajaan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
"AS telah mengundang Jerman, bersama negara lain, untuk menyertai pembentukan Lembaga Keamanan antarabangsa. Kami menghargai jemputan ini," kata jurucakap Stefan Cornelius. "Kami berkongsi matlamat untuk berkhidmat demi keamanan dunia. Kami khususnya mahu membantu menyelesaikan konflik di Semenanjung Gaza secara berkekalan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Keamanan Gaza
#Kesatuan Eropah
#Ursula von der Leyen
#konflik Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan