awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas alami gangguan selama 6 jam

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
23:56 MYT
Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas alami gangguan selama 6 jam
Syarikat itu memerlukan sedikit masa bagi memulihkan keadaan sepenuhnya.
PLATFORM laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp kembali pulih selepas hampir enam jam gagal diakses pengguna platform tersebut.
Ribuan pengguna berdepan kesukaran mengakses laman-laman tersebut sejak kira-kira 12 malam dalam apa yang disifatkan DownDetector sebagai "masalah teknikal terbesar pernah berlaku".
Pada kira-kira jam 6.30 pagi ini, rata-rata pengguna menyatakan mereka berjaya memasuki ketiga-tiga aplikasi tersebut, namun penggunaannya masih tersekat-sekat.
Masalah berkenaan merupakan yang kedua dialami platform media sosial itu selepas dituduh tidak menyekat kenyataan berbaur hasutan dan benci serta berita palsu serta mementingkan keuntungan.
BACA: Facebook, WhatsApp dan Instagram alami gangguan
"Saya memohon maaf kepada setiap perniagaan kecil mahupun besar, keluarga dan setiap individu yang bergantung kepada perkhidmatan kami," kata Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.
Tambah Schroepfer, syarikat itu memerlukan sedikit masa lagi bagi memulihkan keadaan sepenuhnya.
Facebook services coming back online now - may take some time to get to 100%. To every small and large business, family, and individual who depends on us, I'm sorry.
— Mike Schroepfer (@schrep) October 4, 2021
Pakar sekuriti menyatakan gangguan tersebut mungkin disebabkan oleh masalah teknikal dalaman, namun tidak menolak kemungkinan tindakan khianat oleh pekerja sendiri.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Facebook
#Instagram
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan