awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook larang iklan anti-vaksin

Nailah Huda
Nailah Huda
14/10/2020
08:45 MYT
Facebook larang iklan anti-vaksin
Syarikat Silicon Valley itu bekerjasama dengan beberapa organisasi kesihatan antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan vaksin menjelang musim influenza di negara-negara Barat hujung tahun ini. Foto - Facebook Newsroom
KUALA LUMPUR:Platform media sosial Facebook mengumumkan akan melarang sebarang iklan yang tidak menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin.
Sebelum ini, Facebook hanya melarang iklan anti-vaksin yang dikenal pasti oleh institusi rasmi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.
Kini, sebarang iklan yang mengesyorkan supaya orang elak daripada mendapatkan vaksin akan dilarang, berkuatkuasa dalam masa yang terdekat.
Facebook bagaimanapun masih membenarkan iklan yang mempromosi atau membantah dasar kerajaan berhubung vaksin, termasuk vaksin COVID-19.
“Kami akan memastikan sesiapa yang melancarkan iklan-iklan tersebut melalui proses pengesahan dan meletakkan label ‘dibayar oleh’ supaya orang boleh tahu siapa di sebaliknya,” menurut satu kenyataan menerusi blog Facebook.
Pengguna Facebook dari Malaysia turut perlu melalui proses pengesahan sebelum mengeluarkan sebarang iklan berhubung isu sosial, pilihan raya atau politik.
Facebook bakal melancarkan kempen vaksin selesema termasuk memperkenalkan beberapa ciri baharu pada platform itu yang mengandungi maklumat berkaitan vaksin.
Syarikat Silicon Valley itu bekerjasama dengan beberapa organisasi kesihatan antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan vaksin menjelang musim influenza di negara-negara Barat hujung tahun ini.
Kempen tersebut dimulakan di Amerika Syarikat sebelum dikembangkan di beberapa negara lain.
“Objektif kami adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin kepada umum di samping melarang iklan dengan maklumat tidak tepat yang boleh menjejaskan kesihatan awam,” menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Facebook
#WHO
#COVID-19
#vaksin
#iklan
#berita palsu
#anti-vaksin
#selsema
#Influenza
#Mark Zuckerberg
#CDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan