awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon

Bernama
Bernama
30/07/2024
05:34 MYT
FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon
Guardant Health memaklumkan bahawa ujian yang dinamakan 'Shield' diluluskan untuk saringan dalam kalangan dewasa berumur 45 tahun ke atas yang berisiko menghidap kanser kolorektum. -Gambar hiasan/Unsplash
NEW YORK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Isnin meluluskan ujian darah baharu untuk mengesan kanser kolon, lapor Agensi Berita Xinhua.
Syarikat bioteknologi yang berpangkalan di California, Guardant Health memaklumkan bahawa ujian yang dinamakan 'Shield' diluluskan untuk saringan dalam kalangan dewasa berumur 45 tahun ke atas yang berisiko menghidap kanser kolorektum.
Syarikat itu merancang untuk melancarkan produk ini dalam masa terdekat.
Kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa Shield berkesan 83 peratus dalam mengesan kanser kolorektum.
Pakar juga menegaskan bahawa ujian baharu ini bukan pengganti kolonoskopi, tetapi menyediakan pendekatan saringan yang bukan invasif.
"Kolonoskopi masih dianggap sebagai piawaian emas untuk saringan, terutamanya bagi pertumbuhan prakanser," menurut pakar kesihatan.
Kanser kolorektum adalah penyebab kematian kanser kedua tertinggi di Amerika Syarikat, tetapi kebanyakan kes boleh dicegah dengan peningkatan saringan.
Persatuan Kanser Amerika menganggarkan lebih 150,000 orang di negara ini akan didiagnosis dengan kanser kolorektum pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanser kolon
#ujian darah baharu
#FDA
#Guardant Health
#shield
#kolorektum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan