awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
331 kes ubah wang haram libat bekas CEO, tiga akauntan GISB dibicara di hadapan hakim sama
Sambutan BAS.My menggalakkan, kerajaan peruntuk lebih RM200 juta setahun - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri bawa pulang dua jenazah pekerja imigran terkandas dua hari

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2022
22:00 MYT
Feri bawa pulang dua jenazah pekerja imigran terkandas dua hari
Feri KM Sirimau yang terkandas cuba ditarik oleh kapal lain di perairan Ile Ape, Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur pada Rabu lalu. - Foto Pejabat Pencarian dan Pertolongan Maumere
JAKARTA: Penumpang Kapal Motor (KM) Sirimau yang terkandas di perairan Ile Ape, Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur (NTT) sejak dua hari lalu mulai berang dan minta dipindahkan selepas kerja-kerja menarik feri masih gagal dilakukan.
Feri yang membawa 784 penumpang dan 55 anak kapal itu tidak bocor, tetapi terkandas di perairan cetek itu pada petang Selasa lalu.
Ketika dihubungi melalui telefon oleh Kompas.com, seorang penumpang feri tersebut yang mahu dikenali sebagai Itha mengaku terdapat seorang lagi penumpang lelaki yang sedang marah dan meminta kerja-kerja pemindahan penumpang dilakukan.
"Dia sudah tidak mahu feri itu ditarik lagi. Sudah dua hari tarik tetapi tidak ada hasil," katanya seperti dilaporkan oleh Kompas.
Ketua Operasi Pelayaran National Indonesia (Pelni) Lembata, Agus Koten menyatakan, pihaknya masih menunggu daripada Pelni pusat berhubung perpindahan penumpang feri tersebut.
Proses penarikan feri oleh kapal KM Gandha Nusantara 14 dari kawasan perairan cetek itu gagal dilakukan kerana ia tidak mampu menarik KM Sirimau.
Feri itu juga membawa pulang dua jenazah pekerja imigran Indonesia dari Malaysia iaitu Benedic M Boro, 42, dan Marselinus Seto, 50.
Ketua Kepolisian Flores Timur, AKBP I Gede Ngurah Joni Mahardika yang mengesahkan perkara itu berkata, Benedic dari Kecamatan Nangapanda manakala Marselinus dari Kecamatan Ende Utara.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Feri KM Sirimau
#perairan Ile Ape
#terkandas dua hari
#feri bawa jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan