awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina lancar serangan terhadap kumpulan komunis tertua di Asia

Agensi
Agensi
30/11/2017
06:31 MYT
Filipina lancar serangan terhadap kumpulan komunis tertua di Asia
Kejadian berlaku ketika pentadbiran Rodrigo Duterte menutup pintu rundingan dengan pemberontak komunis. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya 15 gerila komunis terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di selatan Manila pada Selasa.
Kejadian berlaku ketika pentadbiran Rodrigo Duterte menutup pintu rundingan dengan pemberontak komunis.
Pertempuran antara Tentera Komunis Baru dengan pasukan gabungan tentera dan polis Manila itu menyaksikan salah seorang pemimpin tertinggi gerila itu terbunuh.
Gerila baharu itu ditubuhkan Parti Komunis Filipina (PKP) sebagai sayap baharu pertahanan yang menjalankan operasi di kubu bawah tanah.
Pada 2016, Duterte memulakan rundingan dengan parti terbabit dan berharap dapat menamatkan pemberontakan komunis sebelum tempoh pentadbirannya berakhir pada 2022.
Namun selepas kegagalan beberapa siri pertemuan dengan pengasas PKP Jose Maria Sison, akhirnya Selasa lalu Malacanang menutup pintu rundingan.
Penutupan pintu rundingan susulan tuntutan melampau yang diusulkan pemberontrak.
Susulan itu, Duterte meletakkan ahli parti terbabit ke dalam senarai individu paling dikehendaki namun belum mendedahkan senarai terbabit.
Kemarahan Malacanang itu juga dieprcayai bermula selepas serangan pemberontak di selatan pulau mindanao yang membunuh dua orang awam manakala sembilan yang lain cedera.
Komunis Filipina telah beroperasi sejak tahun 1969 dan menjadikan mereka salah satu kumpulan pemberontak paling lama di Asia.
Topic Berkaitan
#Filipina
#komunis
#Manila
#Parti Komunis Filipina
#pemberontak komunis
#PKP
#polis Manila
#Rodrigo Duterte
#Tentera Komunis Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan