awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina nasihat pelancong kekal waspada, sahkan status destinasi selepas gempa bumi

Bernama
Bernama
01/10/2025
09:09 MYT
Filipina nasihat pelancong kekal waspada, sahkan status destinasi selepas gempa bumi
Gempa bumi kuat melanda Bogo, Cebu pada 9.59 malam Selasa, dengan gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Visayas serta sebahagian Luzon dan Mindanao. - Google Earth
MANILA: Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina pada Rabu menasihati semua pelancong supaya kekal berwaspada dan mengesahkan status destinasi mereka sebelum melakukan perjalanan susulan gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Bogo City, Cebu pada Selasa, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
"Pelancong dinasihatkan untuk mengesahkan status destinasi sebelum melakukan perjalanan.
"Beberapa lokasi pelancongan di kawasan terjejas mungkin ditutup sementara pemeriksaan keselamatan sedang dijalankan," menurut kenyataan itu.
Agensi berkenaan berkata pejabat-pejabatnya kini "beroperasi sepenuhnya" bagi memenuhi keperluan pelancong dan pihak berkepentingan.
"Saluran dibuka untuk pelancong yang memerlukan bantuan: Talian hotline - 151-TOUR (151-8687); no. telefon - 0954-253-3215; E-mel - [email protected]; Click2Call dan Live Webchat - laman sesawang korporat DOT www.tourism.gov.ph," menurut kenyataan itu.
DOT juga bekerjasama dengan agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan (LGU) untuk menilai tahap keselamatan jalan serta jambatan, selain meneliti keadaan premis pelancongan dan pekerja yang terjejas.
Setakat ini, tiada senarai rasmi penutupan lokasi tarikan pelancongan dikeluarkan.
Menurut laporan situasi Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC), sekurang-kurangnya dua pelabuhan terjejas dengan 134 penumpang masih terkandas di Visayas Tengah.
Gempa bumi kuat melanda Bogo, Cebu pada 9.59 malam Selasa, dengan gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di Visayas serta sebahagian Luzon dan Mindanao.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#nasihat perjalanan
#Filipina
#gempa bumi
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan