Skip to main content

Dunia

Flotila bantuan ke Gaza berlepas dari Sicily

Matlamat Global Sumud Flotilla adalah untuk menggerakkan usaha mewujudkan koridor kemanusiaan tetap. - Gambar fail/Reuters
Matlamat Global Sumud Flotilla adalah untuk menggerakkan usaha mewujudkan koridor kemanusiaan tetap. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

ROM: Aktivis dari beberapa negara berlepas dari Sicily menuju ke Gaza pada Ahad bersama puluhan kapal yang membawa bantuan awam, lapor Agensi Berita German (dpa).

Menurut Global Sumud Flotilla, 56 kapal berlepas dari sebuah pelabuhan berhampiran Syracuse selepas tertangguh akibat cuaca, dalam misi yang disifatkan sebagai flotila terbesar pernah cuba memasuki Gaza.

Aktivis pro-Palestin itu sekali lagi berusaha menembusi sekatan tentera laut Israel ke atas Gaza yang dilaksanakan sejak 2007, bagi membawa bekalan bantuan.

Advertisement

Matlamat Global Sumud Flotilla juga adalah untuk menggerakkan usaha mewujudkan koridor kemanusiaan tetap.

Israel secara konsisten menyekat percubaan aktivis untuk menembusi sekatan tentera laut di luar kawasan pesisir yang terkepung itu.

Advertisement

Dalam percubaan sebelum ini tahun lalu, kumpulan Global Sumud Flotilla yang menggunakan bot layar dan bot bermotor persendirian diserbu pasukan khas Israel dan dihalang daripada sampai ke kawasan berkenaan.

Menurut organisasi itu, kapal terbabit merancang untuk bertemu di laut dengan beberapa lagi bot yang bertolak dari negara lain sebelum meneruskan perjalanan ke timur.

Flotila itu turut diiringi kapal milik pertubuhan bantuan Sepanyol, Open Arms, serta Arctic Sunrise milik kumpulan alam sekitar Greenpeace.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement