awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda seru pintu UMNO dibuka semula, isyarat sokongan kepada Khairy Jamaluddin
‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
Persiapan hadapi PRU16 fokus ucapan dasar Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forbes isytihar Ronaldo pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
23/09/2021
09:25 MYT
Forbes isytihar Ronaldo pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia
Selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tangga ketiga serta keempat dengan pendapatan tertinggi adalah Neymar dan Kylian Mbappe iaitu masing-masing mencatat bayaran tahunan AS$95 juta dolar dan AS$43 juta. - Gambar Fail
PENYERANG prolifik sensasi, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak yang menerima bayaran paling tinggi di dunia.
Menurut majalah bisnes dan kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Forbes, kedudukan terbaharu Ronaldo itu sekali gus mengatasi Lionel Messi di tangga teratas itu.
"Ronaldo, 36 tahun, menerima bayaran AS$125 juta dalam pendapatan tahunannya. Beliau tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti.
"Manakala gaji bersihnya setelah kembali ke pangkuan Manchester United adalah AS$70 juta. Selebihnya, pendapatan beliau datang dari hasil komersial dengan syarikat terkemuka seperti Nike, Herbalife dan Clear. Antara lain, rangkaian produk CR7, termasuk pakaian lelaki sehingga ke hotel," lapor Forbes.
Bagi tangga kedua pula ia diduduki oleh Lionel Messi. Kedudukan itu dikukuhkan dengan keputusan beliau untuk bergabung dengan kelab bola sepak, Paris Saint-Germain F.C. (PSG).
"Pendapatannya menerusi Barcelona menjadi punca beliau untuk bergabung bersama PSG setelah La Liga campur tangan.
"Walau bagaimanapun, Messi masih memperoleh AS$75 juta menerusi PSG," katanya.
Messi pada tahun lalu menduduki tangga pertama dalam pendapatan paling tinggi di dunia. Beliau juga telah memperoleh anggaran AS$35 juta dolar sebagai duta komersial jenama Adidas dan Pepsi serta beberapa jenama lain.
Selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tangga ketiga serta keempat dengan pendapatan tertinggi adalah Neymar dan Kylian Mbappe iaitu masing-masing mencatat bayaran tahunan AS$95 juta dan AS$43 juta.
"Antara pemain lain yang turut menduduki tangga 10 teratas pendapatan tertinggi termasuk Mohamed Salah (AS$41 juta), Robert Lewandowski dan Andres Iniesta (AS$35 juta), Paul Pogba (AS$34 juta), Gareth Bale (AS$32 juta) dan Eden Hazard (AS$29 juta)," tambah Forbes lagi.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Lionel Messi
#Forbes
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan