awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G-7 gesa sekatan ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik

Bernama
Bernama
30/10/2023
08:48 MYT
G-7 gesa sekatan ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik
Kenyataan bersama itu merujuk kepada sekatan perdagangan China yang dilaksanakan susulan pelepasan air terawat dari loji tenaga nuklear Fukushima. - Gambar fail
OSAKA: Menteri-menteri perdagangan Kumpulan Tujuh (G-7) menggesa larangan import ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik.
Kenyataan bersama itu dilihat merujuk kepada sekatan perdagangan China yang dilaksanakan susulan tindak balas terhadap pelepasan air terawat dari loji tenaga nuklear Fukushima, lapor Jiji Press.
Anggota G-7 berkata: "Kami menggesa supaya sebarang tindakan yang tidak perlu yang menyekat perdagangan dimansuhkan serta-merta, termasuk sekatan import yang dikenakan ke atas produk makanan Jepun."
Menteri-menteri berkenaan juga menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan trend ekonomi paksaan apabila ada negara yang mengambil langkah mengenakan sekatan eksport dan import untuk memberi tekanan kepada rakan dagang.
Pada sidang media, Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa, yang mempengerusi mesyuarat itu, menekankan mengenai perlunya tindak balas berdasarkan alasan saintifik dan peraturan perdagangan antarabangsa dalam menangani isu larangan import oleh China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#G-7
#sekatan
#produk perikanan
#Jepun
#Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan