awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor California tolak parol pembunuh Robert F. Kennedy

Bernama
Bernama
14/01/2022
05:36 MYT
Gabenor California tolak parol pembunuh Robert F. Kennedy
Selepas berdekad dalam penjara, Sirhan gagal mengatasi kekurangan yang menyebabkan dia membunuh Senator Kennedy. - AP
WASHINGTON: Gabenor California Gavin Newsom berkata beliau menolak permohonan parol Sirhan Sirhan, yang membunuh bekas calon presiden Robert F. Kennedy pada 1968, lapor Sputnik.
"Pembunuhan dilakukan Sirhan terhadap Senator Kennedy adalah antara jenayah paling terkenal dalam sejarah Amerika," tulis Newsom dalam artikel peribadinya (op-ed) dan diterbitkan dalam L.A. Times pada Khamis.
"Selepas berdekad dalam penjara, Sirhan gagal mengatasi kekurangan yang menyebabkan dia membunuh Senator Kennedy.
"Sirhan tidak mempunyai wawasan untuk mencegah dirinya daripada membuat keputusan berbahaya seperti masa lalu."
Newsom berkata, Robert F. Kennedy merupakan idola sepanjang hayatnya.
Dua anggota panel parol negeri, mengesyorkan Sirhan diberi pembebasan bersyarat selepas dua anak Robert F. Kennedy menyokong keputusan itu.
Robert F. Kennedy dibunuh kira-kira lima tahun selepas abangnya Presiden John F. Kennedy yang turut dibunuh di Dallas.
Robert F. Kennedy berkempen menamatkan Perang Vietnam dan dianggap sebagai calon utama jawatan presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sirhan sirhan
#robert f kennedy
#Pembunuhan
#Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan