awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor, Datuk Bandar ibu kota ASEAN bertemu di Vientiane

Bernama
Bernama
18/09/2024
21:40 MYT
Gabenor, Datuk Bandar ibu kota ASEAN bertemu di Vientiane
Mesyuarat dan forum itu menyediakan ruang untuk perbincangan mengenai penyelesaian cabaran bersama. - Gambar fail
VIENTIANE: Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN (MGMAC) serta Forum Datuk Bandar ASEAN (AMF) dibuka secara rasmi di Vientiane, Laos, pada Rabu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Acara itu menghimpunkan wakil dari ibu kota dan bandar ASEAN, termasuk Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn. Delegasi Vietnam diketuai oleh Tran Sy Thanh, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Hanoi.
Dalam ucapan pembukaannya, Datuk Bandar Vientiane, Atsaphangthong Siphandone menekankan bahawa sejak penubuhannya pada 2012, MGMAC dan AMF telah berperanan sebagai platform penting untuk para pemimpin tempatan berinteraksi, bertukar idea, dan memperkukuhkan kerjasama antara ibu kota serta bandar ASEAN.
Mesyuarat dan forum itu menyediakan ruang untuk perbincangan mengenai penyelesaian cabaran bersama dan strategi yang memberi manfaat kepada kedua-dua bandar individu dan rantau ini secara keseluruhan.
MGMAC 2024, dengan tema "Memperkukuh Kesalinghubungan dan Daya Tahan untuk Pembangunan Mampan di Bandar ASEAN", memberi tumpuan kepada lima bidang utama: bandar yang sesuai didiami dan mampan, pelancongan hijau, pembangunan ekonomi mampan, bandar mampan alam sekitar, dan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Pada kesempatan ini, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone memuji acara itu sebagai peluang penting bagi datuk bandar ASEAN untuk melaksanakan komitmen daripada mesyuarat sebelumnya. Beliau menekankan kepentingan memupuk pembangunan bandar moden, sesuai didiami, dan mampan.
Mesyuarat ini dijangka memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan bandar, memudahkan pertukaran amalan terbaik, dan melaksanakan pelan tindakan untuk meningkatkan kesalinghubungan serta daya tahan di ibu kota dan bandar ASEAN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#mesyuarat
#Gabenor
#Datuk Bandar
#Vientiane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan