Novelis dan wartawan terkenal Colombia, Gabriel Garcia Marquez yang juga pemenang Hadiah Nobel Sastera meninggal dunia di kediamannya di sini kerana radang paru-paru.
Beliau berumur 87 tahun.
Marquez yang menerima Hadiah Nobel itu pada 1982 disifatkan sebagai antara pengarang penting dunia abad ke-20.
KLIK DI SINI UNTUK GALERI FOTO
Kematiannya dimaklumkan kepada media oleh seorang wartawan Mexico, Fernanda Familiar yang mengatakan beliau diberi kebenaran oleh keluarga mendiang untuk mengumumkan berita duka itu. Berita itu kemudian dilaporkan oleh media utama di Amerika Latin.
Marquez memulakan kerjaya sebagai wartawan semasa menuntut dalam jurusan undang-undang di National University of Colombia.
Antara novelnya yang terkenal termasuk “One Hundred Years of Solitude,” “Autumn of the Patriarch” dan “Love in the Time of Cholera.” Beliau juga menulis novel pendek seperti “Chronicle of a Death Foretold” dan “No One Writes to the Colonel,” serta cerita yang diangkat daripada pengalamannya selama jadi wartawan seperti “Of Love and Other Demons" dan “News of a Kidnapping”.
Kesusasteraan Marquez memperkenalkan pembacanya kepada realisme magis yang menggabung dunia nyata dengan alam fantasi sehingga menjadikan kedua-duanya berbaur dan tidak lagi jelas yang mana satu yang nyata dan yang tidak nyata.
Marquez disahkan mengidap kanser limfatic kira-kira 12 tahun lalu. Beliau pulih tetapi pada 2006 disahkan mengidap Alzheimer. Kansernya kemudian merebak ke paru-paru serta hati.
Mendiang dimasukkan ke hospital pada 31 Mac lalu kerana jangkitan pada paru-paru dan saluran kencing. Lebih kurang seminggu kemudian, dia dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaannya pulih.
Pihak hospital bagaimanapun memaklumkan keadaannya uzur kerana usia tua.
Marquez meninggal seorang isteri dan dua anak lelaki.
Agensi
Thu Apr 17 2014
Novelis dan wartawan terkenal Colombia, Gabriel Garcia Marquez.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang empangan pecah
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat.
Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel
Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Copa America: Colombia ke final benam Uruguay dengan hanya 10 pemain
Colombia mara ke final Copa America 2024 selepas membenam Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir.
Ribuan warga Colombia bantah reformasi di bawah pimpinan Gustavo Petro
Ribuan penduduk berarak di bandar-bandar besar di Colombia sebagai protes membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang disokong Presiden Gustavo Petro.
Colombia usir duta Israel
Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin.
Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.