awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis di China maut dilanggar kereta api sewaktu selfie

Agensi
Agensi
16/04/2016
10:36 MYT
Gadis di China maut dilanggar kereta api sewaktu selfie
Selfie di landasan kereta api tanpa waspada mungkin bukan idea yang baik. - Gambar hiasan
Seorang gadis berusia 19 tahun maut dengan tragis ketika mengambil gambar selfie di sebuah landasan kereta api di bandar Foshan, Guangdong, China.
Portal berita Shanghaiist yang memetik laman web NetEase melaporkan, jajaran landasan di bandar itu sememangnya menjadi tumpuan setiap kali tiba musim bunga.
Ia menjadi lokasi kunjungan orang ramai termasuk pelancong untuk mengambil gambar kerana pokok-pokok bunga sedang mekar, secara tidak langsung warna bunga-bungaan itu dan kehadiran kereta api menjadi momen rakaman kamera yang cantik.
Saksi kejadian malang itu memberitahu, peringatan dan amaran sudah diberikan kepada gadis itu oleh beberapa orang yang berada ditempat tersebut, namun gadis itu tetap mahu mengambil gambar selfie yang berbahaya.
Mangsa telah dilanggar kereta api dari arah belakangnya dan seketika kemudian pasukan paramedik telah mengesahkan bahawa dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di China. Pada tahun 2014, dua individu di Nanjing ditangkap pihak berkuasa kerana berada di atas landasan untuk mengambil gambar, hingga memaksa dua kereta api berhenti daripada bergerak.
Topic Berkaitan
#China
#dilanggar kereta api
#gadis maut ketika berselfie
#keretapai bandar Foshan
#maut dilanggar kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan