awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis Palestin maut dalam serangan Israel di wad bersalin

Agensi
Agensi
17/12/2023
22:45 MYT
Gadis Palestin maut dalam serangan Israel di wad bersalin
Donia Abu Mohsen kehilangan dua kakinya dalam serangan pertama Israel yang turut meragut nyawa ayah dan ibunya di kediaman. Dia bagaimanapun, terbunuh dalam serangan terbaru pada Ahad. - Gambar X
KHAN YOUNIS: Seorang gadis Palestin terbunuh sementara iga lagi cedera selepas tembakan Israel menyasarkan wad bersalin Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis, pada Ahad.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, peluru meriam itu menembusi dinding wad berkenaan tetapi tidak meletup.
"Sekiranya peluru itu meletup di dalam bangunan, ia akan menyebabkan pembunuhan beramai-ramai yang besar dan mengerikan," kata Ashraf seperti dilaporkan Al Jazeera.
. #Gaza_Genocide pic.twitter.com/2zwqcyOIYF
— (@BasilPal90) December 17, 2023
Mangsa yang maut, Donia Abu Mohsen, sebelum ini cedera selepas tentera zionis itu menyerang kediamannya.
Akibat serangan pertama Donia mengalami kecederaan parah sehingga menyebabbkan kedua-dua belah kakinya dipotong.
Dalam serangan terbaharu di wad bersalin itu pula, Donia sedang menerima rawatan di hospital akibat cederaan sebelum ini.
Bapa Donia beserta ibu, dan dua saudara lelakinya terbunuh dalam serangan pertama.
Sedutan rakaman video yang dikongsi dalam talian menunjukkan sejurus selepas Israel melepaskan tembakan, kaum wanita dan kanak-kanak menjerit. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#gadis Palestin maut
#Israel serang wad bersalin
#Hospital Nasser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan