awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji tak naik, juruterbang Lufthansa mogok esok

Agensi
Agensi
01/09/2022
05:49 MYT
Gaji tak naik, juruterbang Lufthansa mogok esok
Seramai lebih 5,000 juruterbang syarikat penerbangan Lufthansa dijangka terlibat dalam protes menuntut kenaikan gaji esok. - Gambar fail AFP
FRANKFURT: Susulan peningkatan kos sara hidup di seluruh dunia, juruterbang di syarikat penerbangan Lufthansa bakal mela carkan mogok esok dalam usaha menuntut kenaikan gaji.
Kesatuan Juruterbang Vereinigung Cockpit (VC) memberitahu, tindakan protes ini dilakukan selepas rundingan memohon kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus dengan pihak pengurusan gagal dicapai.
Situasi ini juga akan menjejaskan jadual penerbangan apabila lebih 5,000 juruterbang dijangka terlibat.
Wakil jurucakap VC, Matthias Baier berkata, pihak mereka tidak menerima sebarang tawaran berbaloi sehingga sekarang.
Keputusan meneruskan mogok dibuat selepas juruterbang di anak syarikat Lufthansa, Eurowings bersetuju untuk turut serta dalam mogok kali ini.
Julai lalu, Lufthansa terpaksa membatalkan hampir semua penerbangan dari Frankfurt dan Munich disebabkan mogok kakitangan darat.
Usaha ini dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak pengurusan dalam hal rundingan gaji.
Sebelum ini, Lufthansa telah menawarkan peningkatan gaji sebanyak 150 Euro (RM674) tahun ini dan tambahan 100 Euro (RM 449) bermula tahun 2023 serta peningkatan dua peratus bermula pertengahan 2023 bergantung kepada keputusan kewangan syarikat.
Topic Berkaitan
#gaji tak naik
#juruterbang Lufthansa mogok
#Kesatuan Juruterbang Vereinigung Cockpit
#Lufthansa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan