awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galaxy Note 7 meletup dalam poket seluar, lelaki saman Samsung

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
17/09/2016
10:43 MYT
Galaxy Note 7 meletup dalam poket seluar, lelaki saman Samsung
Seorang lelaki dari Florida, Jonathan Strobel memfailkan saman terhadap Samsung Electronics Co selepas telefon pintar Galaxy Note 7 yang dimilikinya meletup. -Gambar fail
KES letupan Galaxy Note 7 nampaknya tiada kesudahan.
Pada Jumaat lalu, seorang lelaki dari Florida, Jonathan Strobel memfailkan saman terhadap Samsung Electronics Co selepas telefon pintar Galaxy Note 7 yang dimilikinya meletup.
Memetik laporan portal The Verge, ketika kejadian, telefon itu berada dalam poket depan seluar Jonathan menyebabkan kelecuran pada kaki kirinya.
Difahamkan, Jonanthan mungkin pengguna Samsung yang pertama di Amerika Syarikat untuk memfailkan saman terhadap syarikat gergasi telekomunikasi itu berhubung masalah bateri.
Saman itu difailkan sehari selepas Samsung menarik balik sejuta peranti mudah alih Galaxy Note 7 yang dijual di Amerika Syarikat.
Tuntutan itu meminta ganti rugi bagi bil perubatan serta kecederaan yang dialami oleh lelaki berusia 28 tahun itu, lapor Reuters.
Setakat 15 September lalu, Samsung menerima 92 laporan berhubung masalah bateri di Amerika Syarikat. Sejumlah 26 laporan adalah berhubung kes kebakaran dan 55 laporan lagi berhubung kes kerosakan harta.
Topic Berkaitan
#Galaxy Note 7
#masalah bateri
#meletup
#peranti mudah alih
#saman samsung
#Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan