Bekalan elektrik ke beberapa kawasan di Singapura mengalami gangguan awal hari ini yang menjejaskan kira-kira 146,797 pelanggan kediaman dan komersial, menurut SP Power.
Syarikat utiliti tenaga itu berkata bekalan elektrik yang terganggu pada 1.18 pagi itu pulih sepenuhnya dalam tempoh 38 minit.
SP Power berkata kawasan yang terjejas ialah Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pandan Loop, Aljunied, Geylang, Tanjong Rhu, Mountbatten, Kembangan, Bedok, East Coast, Ang Mo Kio, Bishan, Thomson, Mandai, Admiralty, Sembawang dan Woodlands.
Sebahagian besar daripada kawasan yang terjejas itu terletak di bahagian utara dan timur bandar raya pulau ini.
"Berdasarkan siasatan awal, gangguan disebabkan kehilangan sebahagian bekalan daripada dua unit penjanaan kuasa. Siasatan kami masih berjalan," menurut syarikat berkenaan dalam catatan terkini Facebook pagi ini.
Sementara itu, Energy Market Authority (EMA) berkata punca gangguan bekalan itu sedang disiasat.
"Energy Market Authority memandang berat gangguan bekalan elektrik di Singapura. Kami akan meneliti hasil daripada siasatan kami sebelum menentukan tindakan yang akan diambil.
"Kami juga akan bekerjasama dengan industri untuk melaksanakan langkah bagi meminimumkan risiko berulangnya insiden itu," menurut kenyataan yang dimuatkan dalam laman sesawang EMA.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018

Berdasarkan siasatan awal, gangguan bekalan elektrik di Singapura pagi ini terjadi disebabkan kehilangan sebahagian bekalan daripada dua unit penjanaan kuasa. - Gambar hiasan

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Hampir 10,000 pekerja TNB bertugas pada Syawal
Ia bagi memastikan kelancaran penghantaran dan pembahagian bekalan elektrik di samping siap siaga perkhidmatan pelanggannya.

Sabah sasar liputan elektrik luar bandar capai 99.9 peratus menjelang 2025
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menyasarkan liputan program Bekalan Elektrik Luar Bandar di negeri itu mencapai 99.9 peratus menjelang akhir 2025, persidangan DUN Sabah diberitahu hari ini.

Jepun beri amaran gangguan bekalan elektrik selepas gempa
Ia selepas loji jana kuasa yang dilanda gempa bumi kuat minggu lalu bergelut untuk memenuhi permintaan yang meningkat disebabkan suhu sejuk pada ketika ini.

Gempa landa Jepun, ribuan penduduk terpaksa bergelap
Bekalan elektrik dijangka akan pulih pada Khamis namun tidak menolak kemungkinan akan berlaku kelewatan di beberapa kawasan.

TNB pulihkan bekalan elektrik 37 kawasan di ibu negara
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada apabila hujan lebat yang menenggelamkan pepasangan TNB.

Banjir kilat Lembah Klang: TNB tutup bekalan elektrik 40 kawasan
TNB menjelaskan tindakan penutupan bekalan elektrik itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan pengguna.

Banjir Kelantan: Gangguan elektrik di 77 kawasan berjaya dipulihkan
Pemulihan bekalan elektrik turut bergantung kepada akses perhubungan dan keadaan setempat.

Bekalan elektrik tujuh premis judi dipotong
Kebanyakan premis yang diserbu adalah rumah kedai yang dipercayai disewa oleh sindiket judi dalam talian.

Indonesia hentikan sementara eksport arang batu
Ketersediaan arang batu untuk tenaga elektrik di Indonesia ketika ini sangat rendah dan boleh mengganggu bekalan elektrik.

Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu 2022-2035 dilancar
MyRER mengunjurkan kapasiti TBB pada 2025 akan meningkat sebanyak 4,466 megawatt (MW) kepada 12,916 MW.