awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara cuti tak lulus, pekerja tikam bos sampai mati

Agensi
Agensi
26/12/2017
10:35 MYT
Gara-gara cuti tak lulus, pekerja tikam bos sampai mati
Seorang juruteknik menikam penyelianya hingga mati hanya kerana permohonan cuti tidak diluluskan. -Gambar fail
Seorang juruteknik menikam penyelianya hingga mati hanya kerana permohonan cuti tidak diluluskan.
Dalam kejadian di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, juruteknik warga Pakistan berusia 25 tahun itu dilapor bertanya kepada mangsa tentang status permohonan cutinya yang telah dihantar seminggu sebelum itu.
Apabila pertanyaannya tidak dilayan, suspek naik berang dan terus menyerang dan menikam mangsa di dada dan perut bertalu-talu dengan pisau.
Menurut laporan Khaleej Times, suspek juga cuba menyerang rakan sekerjanya menggunakan pisau sama, namun gagal apabila rakannya berjaya mengelak dan menjatuhkan pisau tersebut.
Suspek yang didakwa di mahkamah Dubai pada Ahad membuat pengakuan yang dia menikam penyelianya selepas berlaku perbalahan di antara mereka pada Ogos, namun menafikan dia merancang melakukan pembunuhan itu.
Saksi polis di lokasi kejadian berkata suspek dipercayai membunuh bosnya disebabkan konflik tempat kerja dan kemudahan penginapan.
Autopsi terhadap mangsa mengesahkan dia maut akibat kecederaan parah pada paru-paru dan hati.
Kes akan disebut semula pada 14 Januari tahun depan.
Topic Berkaitan
#bunuh penyelia
#Dubai
#juruteknik
#konflik tempat kerja
#Pakistan
#tikam hingga mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan