awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara nama wifi 'bom dalam pesawat', penerbangan Turki terpaksa dilencongkan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/12/2017
23:02 MYT
Gara-gara nama wifi 'bom dalam pesawat', penerbangan Turki terpaksa dilencongkan
Sebuah pesawat Turkish Airlines terpaksa dilencongkan pada Khamis selepas seorang penumpang dilaporkan menerima mesej 'bom dalam pesawat'. -Gambar hiasan
SEBUAH pesawat Turkish Airlines terpaksa dilencongkan pada Khamis selepas seorang penumpang dilaporkan menerima mesej 'bom dalam pesawat'.
Namun mesej itu sebenarnya ialah nama wifi yang digunakan salah seorang penumpang.
Pesawat dari Nairobi ke Istanbul itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Khartoum, Sudan.
Laporan Reuters menyebut selepas pemeriksaan, tiada sebarang ancaman dikesan dan pesawat dibenarkan meneruskan perjalanan.
Syarikat penerbangan itu juga mengesahkan wifi 'bom dalam pesawat' itu dikesan ketika penumpang berada di dalam pesawat.
"Pakar kami yang membuat siasatan mendapati wifi itu dibuat dan dinamakan selepas penumpang itu menaiki pesawat.
"Namun, tiada bahaya dikesan dan penerbangan diteruskan beberapa jam selepas itu," kata jurucakap penerbangan tersebut kepada Reuters.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama penumpang terbabit dan tiada maklumat sama ada dia ditahan atas kesalahan tersebut.
Topic Berkaitan
#bom
#penerbangan
#pesawat
#Turki
#Turkish Airline
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan