awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara stokin semerbak 'bau bangkai', pemuda cetuskan rusuhan dalam bas

Agensi
Agensi
02/12/2017
13:44 MYT
Gara-gara stokin semerbak 'bau bangkai', pemuda cetuskan rusuhan dalam bas
Pemuda itu disuruh membuang stokin semerbak yang disifatkan seperti bau bangkai itu keluar dari bas.- Gambar hiasan: REUTERS/Eric Thayer
Gara-gara bau stokin yang ‘semerbak mengharum’ seorang lelaki ditahan pihak polis India kerana bau busuk telah menyebabkan sekumpulan penumpang bas di Wilayah Himachal Pradesh, India bertindak merusuh.
Lapor media tempatan, lelaki itu sebelum itu menanggalkan kasut dan stokinnya menyebabkan penumpang lain yang dalam perjalanan ke New Delhi tidak dapat menahan kesabaran dan mula memaki hamun lelaki terbabit.
Dia turut disuruh membuang stokin ‘semerbak’ yang disifatkan seperti bau bangkai itu keluar dari bas.
Namun tidak dipedulikan lelaki itu menyebabkan satu pertengkaran tercetus.
Pemandu bas yang bosan dengan tingkah laku kemudiannya bertindak menghentikan bas terbabit di sebuah balai polis di daerah Una dalam wilayah Himachal Pradesh.
“Dia ditahan kerana menyebabkan gangguan kepada orang awam dan kemudiannya dilepaskan atas jaminan," kata Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi.
Lelaki itu sebaliknya memfailkan laporan polis dengan mendakwa penumpang lain telah mengancamnya dan tetap bertegas mengatakan stokinnya tidak berbau busuk.
Dia kemudiannya meninggalkan balai polis terbabit pada hari berikutnya.
Topic Berkaitan
#India
#Media
#New Delhi
#pemuda
#rusuhan
#stokin busuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan