awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2022
00:30 MYT
Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Bekas lelaki terkaya di dunia, Bill Gates telah meminta pelaburan lebih besar dalam bidang penciptaaan benih yang boleh disesuaikan dengan perubahan iklim dan menentang perosak pertanian.
Dalam laporan tahunan Goalkeepers Report terbaharu daripada Yayasan Bill & Melinda Gates, beliau berkata, krisis kebuluran global sangat besar sehingga bantuan makanan tidak dapat menangani masalah itu dengan sepenuhnya.
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.
Gates telah menunjukkan kejayaannya mencipta benih ajaib termasuk jagung yang telah dibiakkan. Ia adalah hasil pelaburan oleh yayasannya supaya ia menjadi lebih tahan terhadap iklim lebih panas dan kering.
Benih ajaib itu juga melibatkan padi yang memerlukan masa hanya tiga minggu lebih sedikit untuk mendapatkan hasilnya.
Inovasi itu akan membolehkan produktiviti pertanian meningkat walaupun iklim berubah, katanya.
Bagaimanapun, beliau mendakwa bajet penyelidikan dan pembangunan untuk inovasi baharu seperti biji benih ajaib tersebut masih terlalu kecil berbanding perbelanjaan untuk bantuan makanan.
Yayasan Bill & Melinda Gates ialah yayasan swasta terbesar di dunia dan terkenal dengan kerja-kerjanya dalam kesihatan global termasuk vaksin.
Ia telah banyak melabur dalam teknologi pertanian termasuk melibatkan pembiakan sejenis benih jagung yang tumbuh subur pada suhu lebih tinggi dan dalam keadaan cuaca lebih kering dan dikenali sebagai DroughtTEGO.
Benih itu mula-mula dibangunkan di bawah program Yayasan Teknologi Pertanian Afrika yang mana Yayasan Gates telah memberikan sebanyak AS$131 juta (RM593.04 juta) sejak tahun 2008. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#benih ajaib
#perubahan iklim
#Bill Gates
#krisis kebuluran global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan