awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit

Bernama
Bernama
30/12/2023
15:32 MYT
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jangkitan pernafasan dan cirit-birit adalah antara penyakit paling banyak dilaporkan di pusat perlindungan kecemasan. - Gambar fail/Reuters
GAZA: Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.
Perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan sudah sekian lama terbeban dan gelombang pemindahan baharu yang diarahkan tentera Israel telah menjadikan tugas mereka lebih sukar.
Jangkitan pernafasan dan cirit-birit adalah antara penyakit paling banyak dilaporkan di pusat perlindungan kecemasan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform media sosial X pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kira-kira 180,000 orang menderita jangkitan pernafasan manakala lebih 136,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami cirit-birit yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Terdapat juga lebih 55,000 kes kutu dan kudis.
Menurut OCHA, Tabung Kanak-kanak PBB telah menghantar 600,000 dos vaksin ke Semenanjung Gaza pada Jumaat.
Matlamatnya adalah untuk kanak-kanak menerima imunisasi rutin pada tahun depan walaupun dilanda perang. Imunisasi itu, termasuk difteria, tetanus dan batuk kokol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OCHA
#mengancam nyawa
#vaksin
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan