GAZA: Jihad Islam Palestin (PIJ) yang aktif di Semenanjung Gaza mengumumkan petang Ahad bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Israel.
Israel sebelum ini mengesahkan bahawa gencatan senjata dengan perantaraan Mesir itu akan berkuat kuasa pada 11.30 malam waktu tempatan (2030 GMT), sekali gus menamatkan serangan udara Israel dan serangan roket Palestin, lapor Xinhua.
Perjanjian gencatan senjata itu termasuk tindakan susulan Mesir untuk memastikan pembebasan tahanan Palestin iaitu Bassam al-Saadi, seorang pemimpin kanan PIJ yang ditangkap di sebuah kediaman di Tebing Barat minggu lalu, dan Khalil Awawda, yang kesihatannya semakin merosot selepas berbulan-bulan melancarkan mogok lapar, kata ketua jabatan politik PIJ, Mohammad al-Hindi.
Perjanjian itu juga termasuk melonggarkan sekatan yang dikenakan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007 dan membekalkan bahan api ke stesen janakuasa yang hentikan operasi baru-baru ini yang memberi kesan terhadap sistem kesihatan.
Dalam kenyataan media, pengantara Mesir berkata mereka telah meningkatkan hubungan dengan semua pihak untuk membendung peningkatan konflik, menyeru "gencatan senjata yang menyeluruh dan bersama" dan akan "berusaha membebaskan Awawda agar mendapat rawatan sewajarnya, serta berusaha membebaskan Saadi secepat mungkin".
Sementara itu, kedua-dua pihak yang bertelagah berkata mereka berhak untuk menggunakan kekerasan walaupun selepas gencatan senjata.
PIJ dalam satu kenyataan mengalu-alukan gencatan senjata itu tetapi menegaskan bahawa "kami akan mempertahankan hak kami untuk bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan Zionis".
Sementara itu, Ketua Direktorat Diplomasi Awam Kebangsaan Israel, Lior Hayat berkata "jika gencatan senjata dilanggar, Israel berhak untuk bertindak balas".
Sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak terbunuh, manakala 360 cedera sejak Israel memulakan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian kesihatan Palestin di Gaza lewat Ahad.
Mangsa yang terkorban termasuk dua komander tertinggi PIJ, yang terbunuh dalam dua serangan udara berasingan di bandar Gaza dan bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Laporan media Israel memaklumkan sekurang-kurangnya lapan rakyat Israel cedera akibat serangan roket yang dilancarkan PIJ ke selatan dan tengah Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Israel sebelum ini mengesahkan bahawa gencatan senjata dengan perantaraan Mesir itu akan berkuat kuasa pada 11.30 malam waktu tempatan. - AP
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Serangan udara di Rafah menyebabkan kerosakan pada khemah, namun jumlah kemalangan nyawa masih belum dapat disahkan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
AS siasat pencabulan hak asasi manusia oleh Israel
Antony Blinken mengesahkan AS sedang dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh tentera Israel di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pertembungan Iran-Israel lebih kepada persaingan ego pemimpin - Penganalisis
Konflik yang berlaku antara Iran dan Israel ketika ini merupakan pertembungan pemimpin utama semata-mata.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC
Sebelum memulakan pelayaran, FFC akan memberi taklimat keselamatan khusus buat peserta mengenai aspek keselamatan lain dengan lebih terperinci.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
FFC dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada Selasa bagi menilai situasi semasa dan implikasi daripada tekanan yang diterima.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.