LONDON: Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata apa yang berlaku di Gaza juga merupakan bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.
Leo Varadkar berkata ia adalah bencana kerana konflik yang dicetuskan rejim itu tidak akan membawa 'keselamatan'.
"Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel menjejaskan keselamatan jangka panjang dan jangka sederhana...
"Ini tidak akan membawa kepada keamanan dan mereka semakin hilang sokongan...Malah sekutu terdekat mereka Amerika Syarikat, saya percaya mula meragui tentang apa yang mereka lihat sedang berlaku di Gaza ," katanya kepada kepada Parlimen Ireland di Dublin, lapor Agensi Anadolu.
Mengenai undian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa untuk gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, beliau berkata ia penting dan Ireland menyambut baik usaha itu.
"Hanya 10 negara kini berpihak kepada Israel dan apa yang kita lihat berlaku di Gaza adalah bencana mutlak bagi rakyat Palestin dan mereka mengalami penderitaan yang begitu dahsyat," kata Varadkar.
Resolusi tidak mengikat itu, dibentangkan oleh Mesir dengan sokongan hampir 100 negara, termasuk Turkiye dan diluluskan pada sesi khas tergempar mengenai Palestin dengan 153 undi menyokong daripada 193 negara anggota.
Leo Varadkar berkata konflik di Gaza adalah "bencana strategik" bagi rejim itu dan telah membuat "kesilapan besar."
Sambil menyuarakan kebimbangan mengenai situasi semasa di wilayah yang terkepung itu, beliau berkata Ireland menyifatkan keadaan itu "tidak boleh diterima".
Beliau menggesa supaya pengeboman tanpa henti dan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah dihentikan dan menegaskan bahawa kerajaan Ireland akan membawa kes itu ke Brussels dan platform lain untuk memastikan gencatan senjata segera dan berkekalan.
Israel telah mengebom Semenanjung Gaza selama lebih dua bulan, membunuh lebih 18,500 rakyat Palestin dan mengakibatkan kemusnahan teruk di wilayah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
"Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel menjejaskan keselamatan jangka panjang dan jangka sederhana...," ujar Varadkar.- Gambar fail/Reuters
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.