GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam.
Wakil WHO di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn memberitahu pemberita di Geneva melalui pautan video dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa, bahawa jumlah penduduk yang berpindah dari tengah dan selatan Gaza terus meningkat, lapor Palestine News and Information Agency (WAFA).
"Keadaan semakin teruk. Serangan bom terus meningkat di merata tempat, termasuk di sini di kawasan selatan," kata Peeperkorn.
"Orang ramai terdesak dan mengalami kejutan kekal. Kami berhadapan keadaan yang paling teruk," katanya sambil menambah bahawa pengeboman dan kehilangan nyawa yang tidak masuk akal mesti dihentikan.
"Keutamaan kami sepatutnya menghantar secara berterusan bekalan perubatan dan trauma ke Gaza."
Peeperkorn berkata jumlah bantuan yang berjaya dibawa oleh WHO ke Gaza "terlalu kecil".
Daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya 18 yang beroperasi dengan kapasiti terhad.
Tiga menyediakan pertolongan cemas asas sahaja, manakala selebihnya menawarkan perkhidmatan separa.
Dua belas daripada hospital yang berfungsi ini terletak di wilayah selatan.
Pada masa ini, terdapat 1,400 katil hospital yang tersedia di Semenanjung Gaza, jauh berkurangan berbanding 5,000 katil yang sasarkan oleh WHO.
Peeperkorn berkata sejak permulaan perang, terdapat 120,000 jangkitan pernafasan akut, hampir 26,000 orang dengan kudis dan kutu, 86,000 kes cirit-birit termasuk 44,000 dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun, yang merupakan 20 hingga 30 kali lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
Sementara itu, kira-kira 1,150 kes jaundis serta kes cacar air, ruam kulit dan meningitis juga direkodkan.
Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 43,616 cedera dalam serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti di kawasan itu sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Pada masa ini, terdapat 1,400 katil hospital yang tersedia di Semenanjung Gaza, jauh berkurangan berbanding 5,000 katil yang sasarkan oleh WHO. -Gambar fail/Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).