awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza: Tentera Israel bom sekolah tempat penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal

Bernama
Bernama
21/11/2023
10:21 MYT
Gaza: Tentera Israel bom sekolah tempat penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal
Serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh. - AP
ISTANBUL: Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.
Menurut TV Palestin, serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Dalam serangan itu, tentera penceroboh mengebom sembilan rumah di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza menyebabkan banyak kematian, lapor Agensi Anadolu.
Pihak berkuasa kesihatan masih belum mengumumkan angka penduduk yang terkorban dalam serangan udara Israel itu.
Sementara itu, Agensi Berita Palestin Wafa melaporkan perkhidmatan telekomunikasi di Bandaraya Gaza dan kawasan di utara Semenanjung Gaza terputus sepenuhnya susulan pengeboman tentera rejim ke atas menara telekomunikasi.
Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita dalam pengeboman tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#tentera Israel
#bom sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan