awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius

Bernama
Bernama
16/06/2023
09:02 MYT
Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius
Suhu di kebanyakan kawasan di Beijing dijangka mencecah 37 hingga 39 darjah Celsius pada Jumaat dan Sabtu. - Gambar/ Reuters
BEIJING: Bandar raya Beijing mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan suhu tinggi diramal mencecah 39 darjah Celsius pada Jumaat, menurut pihak berkuasa cuaca tempatan.
Ketika gelombang haba terus membahang, suhu di kebanyakan kawasan di Beijing dijangka mencecah 37 hingga 39 darjah Celsius pada Jumaat dan Sabtu, lapor Xinhua.
Beijing dijangka merekodkan suhu yang lebih tinggi semasa panas terik.
"Suhu permukaan jalan akan mencecah lebih 50 darjah Celsius, yang boleh menyebabkan kerosakan jalan raya, tayar kenderaan pecah, pembakaran secara tiba-tiba dan kemalangan jalan raya," kata Ketua Pegawai Meteorologi Perbandaran, Lei Lei.
Minggu ini, lebih dua juta kilometer persegi wilayah di China yang merangkumi Beijing, Tianjin, Hebei, Henan dan Shandong, dicengkam cuaca terik, dengan suhu tinggi melebihi 35 darjah Celsius.
Pada Jumaat, balai cerap negara China juga mengeluarkan amaran kuning untuk suhu tinggi.
Menurut ramalan terkini, tujuh wilayah di China dijangka menyaksikan beberapa kawasan mengalami cuaca panas melebihi 40 darjah Celsius pada Jumaat.
Gelombang haba kali ini bermula pada Rabu. Setakat 5 petang Khamis, lapan ibu kota di wilayah China merekodkan suhu tertinggi pada tahun 2023. Shijiazhuang, ibu kota Wilayah Hebei di utara China, mendahului dengan suhu maksimum hariannya mencecah 40.4 darjah Celsius, kali pertama di bandar itu yang mencapai tahap melebihi 40 darjah Celsius tahun ini.
China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling teruk diikuti oren, kuning dan biru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#cuaca panas
#suhu panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan