Gempa besar diramal landa Tokyo, dianggar ragut 18,000 nyawa

Memandangkan Jepun terdedah kepada bencana alam, kerajaan merancang mengemas kini pelan asas bagi mempertingkat kesiapsiagaan bencana selepas pembentangan anggaran itu kepada panel pakar akhir bulan ini. - Gambar hiasan
TOKYO: Gempa bumi kuat yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku di bawah Tokyo dan kawasan berhampiran dalam tempoh beberapa dekad akan datang boleh meragut 18,000 nyawa dan menyebabkan kerugian ekonomi 83 trilion yen (AS$535 bilion) dalam senario terburuk, menurut draf anggaran kerajaan pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Gempa bumi di bawah Tokyo boleh meragut 18,000 nyawa dan rugi ekonomi 83 trilion yen, mengikut anggaran kerajaan.
- Anggaran gempa magnitud 7.3 dilihat kurang teruk, namun masih gagal capai sasaran kurangkan separuh kematian dalam 10 tahun.
- Jepun perlu tingkatkan kesiapsiagaan bencana dengan mengemas kini pelan asas selepas anggaran gempa itu, yang boleh menjejaskan jutaan penduduk.
Memandangkan Jepun terdedah kepada bencana alam, kerajaan merancang mengemas kini pelan asas bagi mempertingkat kesiapsiagaan bencana selepas pembentangan anggaran itu kepada panel pakar akhir bulan ini.
Gempa magnitud 7.3 yang dianggarkan itu lebih kecil berbanding gegaran magnitud 9.0 yang melanda timur laut Jepun dan menyebabkan beberapa loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan teruk pada 2011.
Kerajaan menjangka kira-kira 70 peratus kemungkinan gempa bumi sedemikian berlaku di Tokyo dan kawasan sekitarnya dalam tempoh 30 tahun - senario yang akan menjejaskan jutaan penduduk di kawasan metropolitan yang menempatkan pejabat kerajaan dan ibu pejabat korporat.
Dianggarkan kira-kira 400,000 bangunan boleh musnah dan 8.4 juta orang mungkin terkandas atau menghadapi kesukaran pulang ke rumah.
Bilangan kematian berkaitan bencana, seperti disebabkan kemerosotan kesihatan ketika berlindung, dianggarkan mencecah antara 16,000 dan 41,000, menurut draf tersebut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


