Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 5.2 magnitud dikesan di Laut Bali, Indonesia

Sumber: MET MALAYSIA
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi. - MET Malaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa bumi itu berpusat di koordinat 7.2 darjah selatan dan 117.2 darjah timur dengan kedalaman 499 kilometer (km) pada jarak 194 km timur laut dari Mataram, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement