Gempa bumi 6.2 magnitud gegarkan barat Jepun

Beberapa siri gegaran susulan turut dilaporkan, termasuk gempa bermagnitud 5.4 pada kira-kira 10.37 pagi. - Gambar fail
TOKYO: Satu gempa bumi dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Shimane dan Tottori di barat Jepun pada Selasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu.
Menurut Kyodo News, gempa yang berlaku pada 10.18 pagi itu berpusat di timur Wilayah Shimane dengan bacaan skala intensiti seismik Jepun pada tahap "5-atas" daripada skala maksimum 7. Beberapa siri gegaran susulan turut dilaporkan, termasuk gempa bermagnitud 5.4 pada kira-kira 10.37 pagi.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi awal itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer.
Sementara itu, pengendali Chugoku Electric Power Co memaklumkan tiada sebarang keluarbiasaan dikesan di loji kuasa nuklear Shimane yang terletak di Matsue setakat ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


