Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 6.2 skala Richter landa Hokkaido, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Sumber: Astro AWANI
Gempa pada 5.24 pagi itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 di wilayah Tokachi.

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Hokkaido, Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Kyodo News melaporkan gempa pada 5.24 pagi itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 di wilayah Tokachi, pulau utama utara Jepun, dan berlaku pada kedalaman kira-kira 83 kilometer.

Advertisement

Tiada laporan segera mengenai kecederaan.

Bacaan 5 atas digambarkan sebagai tahap yang menyebabkan orang ramai sukar berjalan tanpa berpaut pada sesuatu.

Menurut Hokkaido Electric Power Co., tiada sebarang insiden dikesan di loji tenaga nuklear Tomari.

Gempa berlaku ketika JMA mengeluarkan nasihat selama seminggu mengenai peningkatan risiko gempa bumi kuat, susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aomori di timur laut Jepun seminggu sebelumnya.

Hokkaido adalah antara tujuh kawasan yang dinasihatkan supaya berwaspada.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video