Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar China

81501896479_GempaBumiGeneric.jpg
SATU gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegar kawasan pergunungan di barat China berhampiran sebuah taman negara yang terkenal.

Media China melaporkan gempa itu berlaku kira-kira pukul jam 9.20 pagi (waktu tempatan) berhampiran Jiuzhaigou, atau Lembah Jiuzhai, di sebuah Taman Negara yang terkenal dengan air terjun yang menakjubkan.

US Geological Survey (USGS) menyatakan gempa itu melanda pada kedalaman 10km (6 batu) dan setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gambar-gambar kejadian yang mula tular di media sosial menunjukkan beberapa kerosakan di Jiuzhaigou dan orang ramai berkumpul di luar. 



Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video