awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 6.6 magnitud gegar Papua, Indonesia, 50 rumah rosak

Bernama
Bernama
16/10/2025
12:33 MYT
Gempa bumi 6.6 magnitud gegar Papua, Indonesia, 50 rumah rosak
Gempa bumi tektonik dengan magnitud 6.6 melanda Wilayah Papua di Indonesia pada Khamis, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 buah rumah serta beberapa kemudahan awam rosak, menurut agensi bencana negara.
JAKARTA: Gempa bumi tektonik berukuran 6.6 magnitud menggegarkan wilayah Papua di Indonesia pada Khamis, merosakkan sekurang-kurangnya 50 rumah serta beberapa kemudahan awam, menurut agensi bencana negara itu.
Agensi Mitigasi Bencana Negara (BNPB) berkata 20 rumah mengalami kerosakan teruk, 30 lagi kerosakan kecil, manakala tiga gereja, dua jambatan, dua pasar dan 13 bangunan awam turut terjejas.
"Setakat ini tiada kematian dilaporkan, namun proses pengumpulan dan pengesahan data masih dijalankan di kawasan terjejas," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Agensi bencana tempatan di wilayah Sarmi dengan sokongan tentera, polis dan sukarelawan menubuhkan pos kecemasan 24 jam untuk membantu penduduk serta menilai keadaan infrastruktur, laluan pengangkutan dan rangkaian komunikasi susulan gempa bumi itu.
BNPB turut menggesa penduduk di dalam dan sekitar Sarmi supaya kekal tenang dan berwaspada, mengelak penyebaran maklumat palsu, serta menjauhi bangunan yang rosak atau kawasan yang berisiko berlakunya tanah runtuh.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) berkata gempa itu berlaku pada 12.48 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di daratan pada kedalaman 18 kilometer, tanpa mencetuskan amaran tsunami.
Pusat gempa terletak kira-kira 32 kilometer ke tenggara Sarmi, 92 kilometer ke timur laut Mamberamo Tengah, 117 kilometer ke timur laut Kasonaweja dan 195 kilometer ke barat laut Jayapura.
Gegaran kuat dirasai selama kira-kira tiga saat di seluruh kawasan Sarmi dan sekitarnya, menyebabkan penduduk panik dan bergegas keluar dari rumah mereka, menurut agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Papua di Indonesia
#rumah rosak
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan