Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 7.7 magnitud landa perairan Indonesia, amaran tsunami dikeluarkan - BMKG

Foto BASARNAS menunjukkan anggota penyelamat mencari mangsa di sebuah bangunan yang rosak akibat gempa bumi di Maumere, Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, 15 Ogos 2026. (Foto AP)
Foto BASARNAS menunjukkan anggota penyelamat mencari mangsa di sebuah bangunan yang rosak akibat gempa bumi di Maumere, Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, 15 Ogos 2026. (Foto AP)
Advertisement

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan wilayah Flores di Indonesia pada awal pagi Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Xinhua.

Pusat gempa terletak 36 kilometer (km) di timur laut Mbay, wilayah Nusa Tenggara Timur, pada kedalaman 15 km, menurut BMKG yang turut mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu.

Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan, menyebabkan ramai penduduk yang panik bergegas keluar ke jalan untuk mencari tempat selamat, menurut laporan media tempatan.

Advertisement

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa.

-- BERNAMA-XINHUA

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement