awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi di Jepun: PM dan isteri turut bersimpati

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2024
15:22 MYT
Gempa bumi di Jepun: PM dan isteri turut bersimpati
Perdana Menteri memaklumkan, beliau dan isterinya turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mereka yang terkesan, termasuk rakyat Malaysia di wilayah Ishikawa di tengah Jepun diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar.
"Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin," katanya dalam satu kenyataan.
View this post on Instagram
A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)
Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin.
Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
#gempa bumi
#Jepun
#Ishikawa
#tsunami
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan