awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Jepun: Angka kematian terus meningkat

Bernama
Bernama
02/01/2024
11:29 MYT
Gempa bumi Jepun: Angka kematian terus meningkat
Jepun menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku tidak lama lagi. - Gambar/ AP
TOKYO: Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 48 orang setakat 3.30 petang waktu tempatan selepas siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar pada Isnin, Xinhua memetik laporan penyiar kebangsaan NHK pada Selasa.
Ramai orang dilaporkan cedera di wilayah Ishikawa, Niigata, Fukui, Toyama dan Gifu.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam sidang media pada Selasa berkata bahawa usaha bantuan terhalang akibat halangan di jalan raya.
"Ini juga menyukarkan penghantaran jentera berat. Kami sedang memikirkan kaedah bersesuaian dan menggunakan kapal mungkin menjadi antara pilihan," kata perdana Menteri itu.
Beberapa siri gempa bumi kuat dengan terbesar berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa pada Isnin.
Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakannya Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024.
Agensi itu telah menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku pada minggu seterusnya terutamanya dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.
Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Jepun
#Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024
#angka kematian
#amaran tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan