awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Jepun: Usaha menyelamat terhalang akibat kemusnahan jalan raya

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2024
04:40 MYT
Gempa bumi Jepun: Usaha menyelamat terhalang akibat kemusnahan jalan raya
Rumah yang runtuh serta jalan raya rosak akibat gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa, Jepun pada Isnin. - Foto/ AP
TOKYO: Usaha menyelamat susulan gempa bumi besar yang melanda Jepun pada Isnin terhalang oleh kerosakan teruk pada jalan raya kawasan yang terjejas.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, pemeriksaan udara menemui banyak kerosakan termasuk jalan tertimbus tanah runtuh selain berlaku kebakaran di beberapa lokasi.
Kishida menambah, sejumlah 1,000 anggota Pasukan Pertahanan Diri (SDF), termasuk anggota bomba ditempatkan di semenanjung Noto yang agak terpencil di wilayah Ishikawa.
"Kami telah berusaha sedaya upaya untuk mengumpul maklumat sejak petang semalam, tetapi jalan raya terhalang bermakna amat sukar untuk mengakses bahagian utara semenanjung Noto.
"Kami mendapat maklumat bahawa 1,000 anggota SDF telah tiba di wilayah itu. Tidak termasuk unit polis, bomba, SDF dan Pengawal Pantai di kawasan itu sendiri.
"Kami menerima laporan daripada pasukan polis wilayah lain bahawa 634 anggota bantuan bencana dan 2,039 anggota bomba telah tiba di kawasan itu," jelasnya.
Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin.
Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#Jalan rosak
#Gempa Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan