Gempa bumi kuat landa Laut Banda

Pusat gempa terletak 231 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia, pada kedalaman 186km.

Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter landa Laut Banda, Indonesia, kira-kira 8.45 pagi ini. -Foto USGS | Astro Awani
GEMPA bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter landa Laut Banda, Indonesia, kira-kira 8.45 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 231 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia, pada kedalaman 186km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.