Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud melanda wilayah Kumamoto, Jepun awal pagi tadi, kurang 24 jam selepas kawasan sama dilanda gempa yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan lebih 800 yang lain.
Sekurang–kurangnya 18 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi terbaharu itu.
Seorang jurucakap kerajaan di Wilayah Kumamoto, Takayuki Matsushita mengesahkan perkara itu dengan menyebut sumber polis dan jabatan bomba.
Bagaimanapun siaran television NHK melaporkan sekurang-kurangnya sembilan maut dan 760 yang lain cedera.
Susulan gempa itu, agensi meteorologi Jepun pada awalnya mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi satu meter di sepanjang pantai timur pusat gempa di Kumamoto.
Menurut agensi berkenaan sebahagian ombak sampai ke kawasan pantai Ariake dan Yatsushiro.
Bagaimanapun amaran ditarik balik beberapa jam kemudian.
Pihak tentera Jepun turut mengeluarkan paparan video satu tanah runtuh besar di wilayah berkenaan.
Sementara itu di beberapa kawasan terdapat kesan retak terbaharu akibat gempa bumi berkenaan.
Agensi meteorologi Jepun turut melaporkan sebahagian penduduk mengalami kecederaan dan terperangkap di sekitar kawasan Kumamoto.
Astro Awani
Fri Apr 15 2016
Satu gempa kuat berukuran 7.3 magnitud melanda selatan Jepun awal pagi ini dan amaran tsunami dikeluarkan. - Foto AFP
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.
Gempa bumi 5.7 pada skala Richter landa barat Indonesia
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.
Gempa bumi kuat 6.2 skala Ritcher gegar Pantai Utara Papua New Guinea
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.
Taiwan dilanda gempa bumi 5.5 magnitud
Pusat gempa terletak di laut, 8.5 kilometer (km) tenggara Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 23.9km.
Gempa 6.9 skala Richter landa Tonga
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan 72km barat Pangai, Tonga pada 12:29 waktu tempatan Isnin.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Kamchatka, Rusia
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia (EMERCOM) berkata gempa pertama dirasai di seluruh daerah bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy.
Gempa bumi 3.9 magnitud landa Sabah
Satu gempa bumi lemah dengan ukuran 3.9 magnitud berpusat di Perairan Tawau, Sabah pada jam 10.19 pagi Jumaat.