awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Lombok: Angka korban meningkat kepada 131 mangsa

Agensi
Agensi
08/08/2018
09:41 MYT
Gempa bumi Lombok: Angka korban meningkat kepada 131 mangsa
Angka kematian dijangka akan terus meningkat susulan usaha pencarian masih giat dijalankan oleh petugas terlibat.
Angka kematian akibat kejadian gempa bumi di pulau peranginan Lombok, Indonesia meningkat kepada sekurang-kurangnya 131 mangsa.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, 236 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan manakala lebih 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Keadaan ini memaksa penduduk setempat untuk mendapatkan perlindungan sementara dengan mendirikan khemah-khemah di sawah padi dan beberapa kawasan lain.
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala richter ini menggegar bumi Lombok seminggu selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda, seterusnya mengorbankan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat digerakkan dan angka kematian dijangka akan terus meningkat.
Topic Berkaitan
#angka kematian
#gempa bumi
#Indonesia
#Lombok
#meningkat
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan