awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Rusia: Amaran tsunami kepulauan Pasifik ditarik balik

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
09:19 MYT
Gempa bumi Rusia: Amaran tsunami kepulauan Pasifik ditarik balik
Pusat Amaran Tsunami Pasifik menarik balik ancaman tsunami terhadap Guam, Rota, Tinian dan Saipan selepas penilaian menunjukkan tiada ancaman selanjutnya. -Foto forecast.weather.gov
SAIPAN: Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah menarik balik ancaman tsunami terhadap beberapa pulau di Lautan Pasifik termasuk Guam, Rota, Tinian dan Saipan, susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud yang berlaku di pesisir timur Rusia awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Pusat Amaran Tsunami Pasifik menarik balik ancaman tsunami terhadap Guam, Rota, Tinian dan Saipan selepas penilaian menunjukkan tiada ancaman selanjutnya.
  • Penduduk dinasihatkan agar terus berwaspada kerana perubahan paras laut dan arus luar biasa mungkin berterusan selama beberapa jam.
  • Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Menurut kenyataan rasmi daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat, tiada ancaman tsunami selanjutnya dijangka melanda kawasan tersebut berdasarkan semua data yang tersedia.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran bahawa perubahan paras laut secara kecil dan arus laut yang luar biasa mungkin berterusan untuk beberapa jam.
Penduduk di kawasan pesisir dinasihatkan agar terus berwaspada dan mengelak daripada memasuki laut sehingga pengesahan keselamatan penuh diberikan.
Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.
Topic Berkaitan
#Pusat Amaran Tsunami Pasifik
#gempa bumi
#Guam Rota Tinian dan Saipan
#tarik balik amaran tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan