awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi sederhana gegar Chiba, Tokyo

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/05/2023
05:35 MYT
Gempa bumi sederhana gegar Chiba, Tokyo
Gegaran turut dirasai di Tokyo namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Gambar/ AP
GEMPA bumi dengan bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba pada Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.
Gegaran akibat gempa itu turut dirasai di Tokyo.
Menurut agensi itu, gempa itu berlaku di selatan wilayah Chiba pada 4.16 pagi waktu tempatan pada kedalaman 40 kilometer (km).
Pusat gempa bumi terletak pada 35.2 darjah utara dan 140.2 darjah timur.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.
"Pada masa ini, kami telah menerima laporan bahawa tiada keadaan luar biasa terhadap loji tenaga nuklear atau kemudahan tenaga nuklear lain.
"Bagi mangsa yang terjejas pula, kami telah menerima laporan mengenai tiga orang yang cedera ringan, tetapi tidak menerima laporan mengenai kerosakan lain," katanya seperti dilapor AP.
Katanya lagi, kerajaan telah menubuhkan pejabat perhubungan di Pusat Pengurusan Krisis di Pejabat Perdana Menteri sejurus gempa bumi berkenaan bagi mengenal pasti kerosakan.
Dalam masa sama, Hirokazu mengingatkan penduduk yang tinggal di sekitar agar berhati-hati terhadap potensi gegaran berterusan pada magnitud melebihi 5 dalam tempoh satu minggu.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Chiba
#Jepun
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan