Skip to main content

Dunia

Gempa bumi: Sepanyol akan hantar 54 anggota penyelamat ke Venezuela - Laporan

gempa, venezuela_AP
Anggota penyelamat mencari mangsa yang masih hidup di sebuah bangunan runtuh susulan gempa bumi di Caracas, Venezuela, 24 Jun 2026. (Foto AP)
Advertisement

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Sepanyol sedang bersiap sedia menghantar sebuah pesawat yang membawa 54 anggota penyelamat ke Venezuela bagi membantu negara Amerika Selatan itu menangani kesan akibat gempa bumi dahsyat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Akhbar El Pais pada Khamis melaporkan dengan memetik sumber kerajaan, bahawa pasukan itu akan merangkumi pakar daripada unit elit Mencari dan Menyelamat Kawasan Bandar (USAR) di bawah Unit Kecemasan Tentera (UME), yang pakar dalam mengesan dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan akibat bencana alam.

Terdahulu pada hari sama, Kementerian Luar Sepanyol memaklumkan bahawa Madrid akan menghantar semua bentuk bantuan kecemasan yang diperlukan oleh Venezuela.

Dua gempa bumi kuat melanda Venezuela pada Rabu. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pertama dengan magnitud 7.2 manakala gempa kedua bermagnitud 7.5. 

Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez, berkata sekurang-kurangnya 164 orang terkorban manakala lebih 900 yang lain cedera.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement