Skip to main content

Malaysia

Sukan Asia: Bukti keupayaan atlet negara bersaing dengan yang terbaik - Ahmad Zahid

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata kejayaan yang diraih itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia, malah juga membuktikan keupayaan atlet negara untuk bersaing dengan barisan atlet terbaik dari seluruh rantau. -Foto Facebook
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata kejayaan yang diraih itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia, malah juga membuktikan keupayaan atlet negara untuk bersaing dengan barisan atlet terbaik dari seluruh rantau. -Foto Facebook

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kontinjen Malaysia menamatkan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa.
  • Pingat emas Malaysia diraih melalui acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.
  • Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah dan menghargai usaha atlet, jurulatih serta semua pihak yang menyokong kontinjen negara.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas pencapaian yang membanggakan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kejayaan yang diraih itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia, malah juga membuktikan keupayaan atlet negara untuk bersaing dengan barisan atlet terbaik dari seluruh rantau.

Beliau berkata setiap pingat yang diraih merupakan hasil kerja keras, disiplin dan semangat juang para atlet negara.

“Penghargaan turut saya rakamkan kepada para jurulatih, pegawai pasukan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada kontinjen negara.

“Teruskan berjuang dan melangkah dengan penuh keyakinan. Setiap keringat yang dicurahkan demi Jalur Gemilang adalah kebanggaan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Kontinjen Malaysia melabuhkan tirai saingan di Sukan Asia ke-20 itu dengan kutipan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa.

Pingat emas disumbangkan menerusi acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.

-- BERNAMA

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah pencapaian kontinjen Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026? 
    A: Kontinjen Malaysia meraih sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa di Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026.
  • Q: Dalam acara apa Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026? 
    A: Pingat emas Malaysia disumbangkan menerusi acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.
  • Q: Siapakah yang mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026? 
    A: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas pencapaian tersebut.
  • Q: Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan atlet Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026? 
    A: Kejayaan atlet Malaysia adalah hasil kerja keras, disiplin dan semangat juang para atlet negara.
  • Q: Siapakah yang turut diberikan penghargaan atas kejayaan kontinjen Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026? 
    A: Penghargaan turut diberikan kepada para jurulatih, pegawai pasukan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada kontinjen negara.

Must Watch Video

Advertisement