Seramai 91 orang dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi di Lombok semalam, yang turut memusnahkan beribu-ribu buah rumah dan bangunan di pulau itu.
Jumlah mangsa yang terkorban itu dikhuatiri terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang musnah teruk masih dilakukan pasukan penyelamat.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan bahawa kawasan yang mengalami kesan teruk akibat gempa itu ialah di Kabupaten Lombok Utara, Lombok Timur dan Kota Mataram.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata setakat 10 pagi ini semua mangsa yang terkorban itu dikenalpasti sebagai warga Indonesia yang kebanyakannya terkorban di Lombok Utara seramai 72 orang, manakala yang lainnya dicatatkan terkorban di Lombok Barat, Lombok Tengah, Kota Mataram, dan Lombok Timur.
"Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena runtuhan bangunan, setakat ini lebih 200 dilaporkan cedera, dan kini dirawat di kawasan luar atau perkarangan pusat kesihatan atau rumah sakit kerana kondisi bangunan banyak yang rosak, selain kebimbangan berikutan berlaku gempa susulan," katanya.
Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah, direkodkan berlaku sehingga 6.00 pagi ini.
BACA: Gempa Lombok: Angka kematian meningkat 82
BACA: Menteri Undang-Undang Singapura terkandas dalam insiden gempa bumi di Lombok
Gempa bermagnitud pada 7 Skala Richter berlaku pukul 6.46 petang semalam di Lombok Utara, dan turut menggegarkan seluruh pulau Lombok, malah turut dirasai gegarannya di Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur.
Terakhir, gempa di Lombok berlaku minggu lepas (29 Julai), yang bermagnitud 6.4 Skala Richter, dan mengorbankan 17 orang termasuk seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail.
BACA: Gempa Lombok: Allahyarham Siti Nur dihempap tembok runtuh - Rakan
BACA: Gempa Lombok: Petugas Astro AWANI nyaris tertimbus runtuhan
Sutopo Purwo berkata keperluan mendesak ketika ini di kawasan terjejas gempa adalah seperti keperluan pasukan perubatan, air bersih, makanan dan selimut.
Presiden Indonesia Joko Widodo dipetik agensi berita Antara, melaporkan Presiden Indonesia itu telah mengarahkan usaha bersepadu menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa gempa dilaksanakan segera oleh pasukan tentera, polis dan agensi berkaitan.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan berkata setakat 10.30 pagi ini, kedutaan mengenalpasti 161 warga negara Malaysia di beberapa lokasi di Lombok dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
BACA: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat di Lombok - Kedutaan
"Pada masa ini, pihak berkuasa Indonesia sedang menyelaras misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terkesan akibat gempa ini. Dalam hal ini, Kedutaan sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi tersebut bagi memindahkan warganegara Malaysia ke tempat yang lebih selamat," menurut kenyataan itu.
Warganegara Malaysia di Lombok dinasihatkan untuk kekal tenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Warganegara Malaysia yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok dan Ngurah Rai di Bali diharap bersabar kerana kesesakan dijangka berlaku, syarikat penerbangan akan membantu untuk penjadualan semula penerbangan keluar dari Lombok," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 81380813036 (Whatsapp) serta emel [email protected] /[email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 06 2018
Penduduk berkumpul di luar rumah bersama barangan mereka susulan gempa bumi kuat di Pemenang, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.